Sebahagian dari Alkitab Kristian | |||||
Perjanjian Lama | |||||
---|---|---|---|---|---|
|
|||||
Kitab-kitab kenabian ialah kelompok dalam Alkitab Kristian, yang terdiri dari 18 kitab dalam Perjanjian Lama. Apabila dipadankan dengan istilah dalam Tanakh, kumpulan tersebut termasuk dalam kumpulan nabi-nabi akhir di Nevi'im, dengan penambahan Kitab Ratapan (yang dalam Tanakh adalah salah satu dari Lima Gulungan) dan Kitab Daniel, yang mana keduanya termasuk dalam kumpulan Ketuvim di Alkitab Ibrani.[1] Kitab Barukh juga merupakan sebahagian dari kitab kenabian, tetapi bukan sebahagian dari Alkitab Ibrani, dan dipandang oleh orang-orang Kristian sebagai kitab deuterokanonik yang ditiadakan dalam Alkitab Protestan.
Kumpulan ini dinamakan kitab-kitab kenabian kerana para nabi menurut tradisi dianggap sebagai penulis kitab masing-masing.[2] Para penulis tersebut mulai berkarya antara tahun 750 SM dan 450 SM.[3] Enam kitab pertama dikenal pasti termasuk dalam nabi-nabi besar, manakala 12 kitab selanjutnya termasuk dalam nabi-nabi kecil. Penamaan tersebut tidak menyiratkan bahawa kitab nabi-nabi besar lebih penting daripada kitab nabi-nabi kecil. Kitab nabi-nabi besar merujuk pada "kitab-kitab kenabian besar" memiliki isi yang jauh lebih "besar" (banyak/tebal) berbanding kitab nabi-nabi kecil yang merujuk pada "kitab-kitab kenabian kecil". Dalam ajaran Yahudi, kitab-kitab kenabian kecil digabung menjadi satu kitab.[4]
Perlu diperhatikan bahawa kitab kenabian bukan semata-mata bermaksud kitab yang tercatat memiliki kemunculan (para) nabi di dalamnya. Contohnya, nabi Elia muncul di Kitab 1 dan 2 Raja-raja, tetapi kedua kitab tersebut tidak termasuk dalam kitab-kitab kenabian.